Skip to content
Frenxiv is the French preprint archive for all scientific fields, operating on the Open Science Framework. About the archive
Frenxiv archive mark FrenxivFrench preprint archive

Preprint record

Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif

Author information on the record

Published December 24, 2019 DOI 10.31226/osf.io/pgsme Publisher Frenxiv Type Preprint

Abstract

ABSTRAK Kewujudan unggas dalam peribahasa Melayu telah diasimilasikan dengan kelakuan manusia yang dapat dilihat melalui makna harfiah peribahasa tersebut. Unggas atau nama saintifiknya Aves telah dikelaskan sebagai haiwan yang mempunyai sayap, sama ada boleh terbang mahupun tidak, berdarah panas, berkaki dua dan bertelur. Unggas juga ialah haiwan vertebrata yang terdapat di serata dunia termasuk di sekitar gurun, hingga kutub utara dan selatan, serta di kawasan hujan tropika. Data kajian ini diperoleh daripada Kamus Peribahasa Melayu Edisi Kelima oleh Rahman (2017), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua oleh Hussain (2016) serta Kamus Peribahasa Melayu oleh Said (2013). Analisis data menggunakan pendekatan kualitatif. Analisis dokumen melibatkan data peribahasa Melayu ini telah dibukukan dan memuatkan sebanyak 207 unggas dalam peribahasa Melayu. Dalam kajian ini, imej unggas telah dipecahkan kepada beberapa subunggas seperti, ayam (Gallus gallus domesticus), burung (Bird), itik (Anas platyrhynchos) dan angsa (Anserini). Peribahasa yang memaparkan unggas unggas ini, seterusnya dipecahkan lagi kepada lapan domain khusus iaitu; domain kebiasaan, sia sia, rezeki, ironi/sindiran, khianat, hati hati/teliti, kekuasaan dan jodoh. Sebanyak 11 peribahasa Melayu dijadikan sampel dan dianalisis menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) oleh Jalaluddin (2014). Pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) oleh Kempson (1986) yang berpandukan data korpus diperoleh daripada Pangkalan Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Malay Concordance Project (MCP). Tujuan pendekatan ini diaplikasikan adalah untuk pengesahan makna peribahasa dengan lebih lanjut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan leksikal unggas dalam peribahasa Melayu dikaitkan dengan makna implisit berdasarkan kognitif dan falsafah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Didapati juga, makna sebenar peribahasa tersebut diketengahkan dengan mengambil kira akal budi dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu.

Keywords

Citation

Author information on the record (December 24, 2019). Unggas dalam Peribahasa Melayu: Satu Analisis Semantik Inkuisitif. Frenxiv. https://doi.org/10.31226/osf.io/pgsme

Find this record

This record is deposited on the Open Science Framework and carries a persistent DOI. Use the links below to locate it in scholarly indexes.

Open research

Open research infrastructure

Frenxiv records connect to the wider scholarly record. These services support discovery, identifiers, preservation and open licensing.